ADAB SEORANG MURID
SEBAGAI seorang murid, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan. Selain daripada menghormati guru, insyaAllah, pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.
1. Memberi salam terlebih dahulu. Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru sehingga terkejut.
2. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Usah banyak bercakap di hadapan guru sehingga membosankan.
3. Meminta izin untuk bertanya. Usah bertanya pada sesuatu yang tidak ada kena-mengena sebagai murid.
4. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Usah berbisik atau memandang sambil lewa terhadap guru.
5. Hormati kesihatan guru. Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi walaupun guru sedang dalam keletihan.
6. Bertindak segera apabila di suruh membuat sesuatu. Usah berlengah dalam sesuatu urusan antara murid dang guru.
7. Hormati keputusan guru. Usah menyangkal pandangan guru secara terburu-buru tanpa berbincang.
No comments:
Post a Comment