Sunday, 1 April 2012

ADAB SEORANG ANAK


IBU BAPA merupakan pendidik awal seorang anak sebelum melangkah ke alam baru. Adalah sesuatu yang tidak manis andainya seorang anak tidak mempedulikan tunjuk ajar dan adab terhadap ibu mahupun bapa.

1. Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
2. Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. Usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
3.Menyahut dengan segera apabila dipanggil. Usah membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
4. Meminta izin ketika mahu ke mana-mana. Usah keluar rumah atau pergi mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
5. Bersalaman tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara. Usah hanya melambai-lambai daripada jauh.
6. Bercakap sekadar suara yang boleh didengar. Usah menjerit seakan menjerit ketika berbual dengan ibu bapa.
7. Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. Usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.

No comments:

Post a Comment