Ubat Penyakit Marah
1. Sabar dan sntiasa mengawal perasaan marah atau emosi. Biasanya kalau kita mengawal perasaan negatif dalam diri kita nanti hati kita jadi beku.
2. Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marahi. Biasanya kalu kita cepat-cepat meminta maafatau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.
3. Insaflah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu mendatangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.
4. Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendam terhadap orang lain. Biasanya kalau kita biarkan perasaan negatif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.'
5. Selalulah memantapkan keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.
6. Ingatlah selalu bahawa Allah s.w.t. membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tak beringat nanti syaitan mudah membawa kita melakukan perkara yang dibenci.
7. Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersikap begitu nanti orang lain akan takut untuk mendekati kita.
No comments:
Post a Comment