Sunday, 1 April 2012

ADAB SEORANG RAKAN 


RAKAN yang baik adalah orang yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan dan selalu memberi nasihat yang baik jika kita melakukan kesilapan dan menerima pandangan yang baik apabila dia melakukan kesalahan. Namun, pastinya ada adabnya :

1. Memulakan dengan memberi salam ketika bertemu. Usah berkata, "Hai!" tanpa mendoakan kesejahteraannya.
2. Membantu dengan kadar segera apabila diperlukan. Usah membiarkan rakan meminta tolong berkali-kali.
3. Menyembunyikan rahsia rakan. Usah mengadu-domba atau berkata-kata tentang diri rakan kepada orang lain.
4. Mendengar nasihat atau pandangan rakan. Usah melawan atau membantah perkataan rakan tanpa asas.
5. Memaafkan kesilapan rakan. Usah terlalu memaksa rakan untuk meminta maaf seandainya dia melakukan kesalahan.
6. Selalu mendoakan kesejahteraan rakan. Usah kita lupa dengan tidak mengendahkan kesihatan dan kebahagiaannya.
7. Berdiam dan mendengar ketika rakan sedang bercakap. Usah suka mencelah sehinggan rakan tidak senang untuk bercakap.
ADAB SEORANG ANAK


IBU BAPA merupakan pendidik awal seorang anak sebelum melangkah ke alam baru. Adalah sesuatu yang tidak manis andainya seorang anak tidak mempedulikan tunjuk ajar dan adab terhadap ibu mahupun bapa.

1. Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
2. Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. Usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
3.Menyahut dengan segera apabila dipanggil. Usah membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
4. Meminta izin ketika mahu ke mana-mana. Usah keluar rumah atau pergi mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
5. Bersalaman tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara. Usah hanya melambai-lambai daripada jauh.
6. Bercakap sekadar suara yang boleh didengar. Usah menjerit seakan menjerit ketika berbual dengan ibu bapa.
7. Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. Usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.
ADAB SEORANG MURID


SEBAGAI seorang murid, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan. Selain daripada menghormati guru, insyaAllah, pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.

1. Memberi salam terlebih dahulu. Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru sehingga terkejut.
2. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Usah banyak bercakap di hadapan guru sehingga                                        membosankan.
3. Meminta izin untuk bertanya. Usah bertanya pada sesuatu yang tidak ada kena-mengena sebagai murid.
4. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Usah berbisik atau memandang sambil lewa terhadap guru.
5. Hormati kesihatan guru. Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi walaupun guru sedang dalam keletihan.
6. Bertindak segera apabila di suruh membuat sesuatu. Usah berlengah dalam sesuatu urusan antara murid dang guru.
7. Hormati keputusan guru. Usah menyangkal pandangan guru secara terburu-buru tanpa berbincang.

Friday, 17 February 2012

Ubat Penyakit Marah

1. Sabar dan sntiasa mengawal perasaan marah atau emosi. Biasanya kalau kita mengawal perasaan negatif dalam diri kita nanti hati kita jadi beku.

2. Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marahi. Biasanya kalu kita cepat-cepat meminta maafatau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.

3. Insaflah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu mendatangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.

4. Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendam terhadap orang lain. Biasanya kalau kita biarkan perasaan negatif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.'

5. Selalulah memantapkan keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.

6. Ingatlah selalu bahawa Allah s.w.t. membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tak beringat nanti syaitan mudah membawa kita melakukan perkara yang dibenci.


7. Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersikap begitu nanti  orang lain akan takut untuk mendekati kita.


Saturday, 11 February 2012

Pesanan Penting

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

" Sembahyang itu tiang agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkanya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya. "

   6 Seksaan Di Dunia
* Allah mengurangkan berkat umurnya.

* Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
* Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.

* Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam.
* Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
* Allah tidak akan menerima doanya.

   3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati
* Mati dalam keadaan yang hina.
* Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
* Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi kinum dengan banyaknya.

   3 Seksaan Sewaktu Dalam Kubur
* Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
* Allah akan menggelapkan kuburnya.
* Allah akan menyeksanya sehingga haari kiamat.

   3 Seksaan Ketika Bertemu Allah
* Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
* Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan.
* Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan    diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras.

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Subuh  : Sekali meninggalkanya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat ( bersamaan 60,000   tahun di dunia ).
Zohor    : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam.
Asar      : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah ( Kaabah di Masjidil Haram, Makkah ).
Maghrib : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Isyak     : Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta   makan dan minumnya dari nikmat-Nya

Sumber : Sarjana Media 

Selamat Berkunjung ke Blog Ande HEM

Dedikasi buat anak-anak / pelajar-pelajar
SMK Taman Megah Ria, Pasir Gudang..

Dedikasi buat putera puteri Islam Tingkatan 1 Cendekia & 1 Dedikasi 2012

Pesan Mama :

Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah...
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

Dalam semua ini,
Menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.
Namun DIA YANG MAHA PENCIPTA amat faham akan hambaNYA.
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik...
hanya perlu melakukan yang terbaik dalam meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA...
Lantas...DIA akan menguruskan yang selebihnya
agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.....
insan ciptaanNYA..

                      Justeru....
                      Aduhai putera puteriku...
                      Melangkahlah dengan berani,tabah dan penuh istiqamah...